Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.

Dam...dam...dum... bunyi mercun...!!!

Monday 27 August 2012



Rasanya masih belum terlambat lagi bagi pihak kami di SKSJ mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutamanya untuk sesiapa yang berkaitan dengan SKSJ... Selamat Hari Raya...

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan blog PSS SKSJ tak di'update' ye... isyh...isyh...isyh...

Tapi jangan risau... pihak PSS SKSJ akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi-informasi terkini berkaitan PSS, SKSJ dan sebagainya untuk makluman anda semua...

Dalam masa beberapa bulan ni, banyak perkara yang telah terjadi di sekeliling kita...

Antaranya....

1) Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan (Ogos 2012)

Nyayian Lagu Patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang

2) Percubaan UPSR (Julai 2012)

Setiausaha Peperiksaan UPSR mengambil soalan Percubaan UPSR di SK Stowell, Bukit Mertajam

3) Senamrobik Satu Murid Satu Sukan (Julai 2012)

Semua guru dan murid turut serta menjayakan program ini.

4) Hari Sukan SKSJ (Jun 2012)

Johan keseluruhan : Rumah Merah Jaya

5) Perpindahan 'orang kuat' PSS SKSJ (Jun 2012)

Cikgu Mohd. Hilmi telah bertukar ke SK Kepala Batas

6) Pertukaran Guru Besar SKSJ (Mei 2012)

Pertukaran Guru Besar baru SKSJ, Pn. Norsiah bt. Baharum dari SK Bandar Baru Perda yang menggantikan Tn. Hj. Hashim b. Abdullah yang bertukat ke SK Bukit Teh


7) SKSJ menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bicara Berirama Kelompok R16  (April 2012)


Team Bicara Berirama SKSJ yang menjadi Johan Kelompok R16

8) Mesyuarat Agung PIBG (Mac 2012)


Untuk aktiviti terkini, PSS SKSJ sedang disusun semula untuk memberi lebih keselesaan kepada semua murid. PSS telah ditutup sebelum cuti Aidilfitri dan akan dibuka semula kepada semua secepat mungkin.

PSS SKSJ juga telah bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSJ untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi selepas UPSR ini... Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan Cikgu Suhara secepat mungkin...


0 comments:

Post a Comment