Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.
0 comments

Terjah...

Tuesday 27 September 2011

Jumaat - 23 September 2011

Dalam kesibukan menyiapkan tag nama lawatan selepas waktu persekolahan untuk dipakai pada malamnya, tiba-tiba PSS SKSJ diterjah oleh En. Dazrin dan para GPM dari sekolah sekitar Seberang Jaya yang datang untuk berkursus di Bilik Tayangan SK Seberang Jaya...
Terlupa sebentar tentang kerja yang masih tertangguh kerana terkejut. Walau bagaimana pun para tetamu tetap didahulukan dan dilayan sebaik mungkin. 
Semua ruang dan ceruk di PSS SKSJ dilawati termasuklah di dalam bilik GPM dan di belakang kaunter sirkulasi yang dipenuhi buku-buku yang sedang diproses untuk diletakkan ke rak buku. Pecah sudah rahsia kami... hehehe

Terima kasih kepada yang sudi datang melawat. Banyak lagi bahagian yang masih belum lengkap dan perlukan penambahan. InsyaAllah, akan ditambah sedikit demi sedikit.










     Tanjung Pian sangat ternama,
           Tempat mandi tuan puteri,
     Kunjungan tuan amat bermakna,
           Terima kasih daun keladi.

0 comments

Minggu UPSR

Wednesday 14 September 2011

Hari yang ditunggu akhirnya telah tiba... 


Sepanjang minggu ini (13, 14 & 15 September), semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Debaran bukan saja dirasakan oleh murid-murid dan waris, tetapi juga oleh para guru terutamanya guru-guru yang mengajar di tahun 6.

Setiausaha Peperiksaan UPSR bersama pembantu-pembantunya turut sibuk menguruskan segala kelengkapan murid yang akan menduduki peperiksaan.
S/U Peperiksaan UPSR, Ustazah Radziah bersama PK 1, Pn. Norlia sibuk menyusun kertas  jawapan OMR
Disebabkan sedikit masalah teknikal pada cetakan borang jawapan OMR, semua borang tersebut tidak boleh digunakan dan terpaksa dihantar semula. Borang tersebut digantikan dengan borang kosong dan pihak sekolah perlu mengisi sendiri maklumat murid secara manual. 
Tn. Hj. Hashim, Guru Besar SKSJ turut menghulurkan bantuan
PK 1, Pn. Norlia turut membantu mengira dan menyusun semula kertas jawapan mengikut angka giliran
Maka bermulalah proses mengisi dan menghitamkan maklumat calon UPSR SKSJ sebanyak 1045 keping. Dengan bantuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, S/U Peperiksaan SKSJ, guru-guru SKSJ dan beberapa orang guru pelatih, proses ini dapat disiapkan pada hari Isnin, lebih kurang jam 1.30 petang. Alhamdulillah.
Antara guru-guru yang membantu
Semua urusan berjalan dengan lancar sehingga ke hari peperiksaan. Calon-calon UPSR berkumpul di dewan sekolah dan diberikan sarapan pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Murid-murid memberi kerjasama yan baik dan berada dalam barisan yang telah ditetapkan dengan teratur.
Murid-murid berkumpul di dewan sekolah
Bersarapan pagi sebelum menduduki peperiksaan
Antara ibu bapa yang datang memberi sokongan moral kepada anak masing-masing
Mendengar nasihat terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan
Antara murid harapan SKSJ
Murid-murid mula bergerak naik ke bilik peperiksaan
Para guru mendoakan yang terbaik dan mengharapkan calon-calon UPSR dapat menjawab dengan baik dan tenang. Semoga kita akan diberikan kejayaan atas usaha dan penat-lelah kita sepanjang tahun ini, insyaAllah.
2 comments

Akhirnya...

Setelah 3 hari berkampung di PKG Seberang Jaya menuntut ilmu membuat blog , akhirnya terhasillah blog PSS SK Seberang Jaya yang tidak seberapa ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki memandangkan blog ini masih belum siap sepenuhnya. Walaupun progress-nya agak perlahan, kami akan cuba melengkapkan blog ini sedikit demi sedikit. Pepatah Melayu ada menyebut, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

Terima kasih kepada 'cikgu' kami, En. Dazrin Danial dari PKG Seberang Jaya yang sudi menurunkan ilmu kepada kami. Bukan senang nak mengajar 'murid-murid senior' ni. Tapi Alhamdulillah, daripada tiada langsung ilmu mengenai blog, kami akhirnya berjaya mewujudkan sebuah blog dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Syukran jazilan....

Antara template yang menarik
Tekunnya...
Peserta-peserta bengkel
GPM SK Seberang Jaya
Walaupun tidak sehebat blog-blog yang lain, kami akan sentiasa memberikan informasi-informasi terkini berkaitan Pusat Sumber SK Seberang Jaya kepada semua warga SKSJ, insyaAllah...

Bengkel : Bengkel Membuat Blog
Tarikh : 12, 13, 14 September 2011
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Seberang Jaya