Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.
0 comments

.: Selamat Tinggal 2011 :.

Monday 5 December 2011

 Dengan berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011, maka berakhirlah juga tugas guru-guru pembimbing pss bagi tahun ini. Untuk tahun hadapan, selain daripada Pn. Norul Ashikin, mungkin ada antara guru-guru ini yang akan kekal dan mungkin ada juga yang akan berubah.


















Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi berkorban masa, tenaga & wang ringgit demi kecemerlangan pusat sumber kita. Budi yang tuan/puan taburkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. (macam karangan surat rasmi pulak bunyinya...hehehe...)


Namun begitu, ada 2 orang guru yang bukan sahaja akan meninggalkan pss pada tahun hadapan, malah akan meninggalkan sksj kerana akan berpindah ke sekolah lain.


Pn. Norhidayah

Pn. Harisun
Kami di PSS SKSJ mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Hidayah dan Cikgu Harisun.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
InsyaAllah