Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.

Sekitar Persiapan untuk Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS, Pengawas Bestari & Pengawas Sekolah 2011

Thursday 3 November 2011

Pejam celik, pejam celik, dah sampai pun hujung tahun. Rasa macam baru semalam cuci PSS yang terkena tempias kebakaran Pusat Akses, kan?...

Aktiviti yang penting pada hujung tahun ni tidak lain dan tidak bukan tentulah Jamuan Hujung Tahun... yaaayyy...!!! makan....!!!! :)

Tahun ni, seperti tahun lepas, jamuan ini adalah gabungan pss dan badan pengawas sksj. Tetapi rasanya tahun ni akan lebih meriah sebab pengawas bestari pun akan join sekali... lagi ramai, lagi meriah...

Informasi tentang jamuan telah diwar-warkan lebih awal kepada semua pengawas. Guru-guru pembimbing juga telah dimaklumkan lebih awal agar dapat hadir pada malam jamuan nanti.

Persediaan kali ini memang sangat hebat. Terima kasih kepada guru-guru pss dan bestari yang banyak membantu... Jom kita jenguk persiapan yang telah dibuat...

1) Kad Jemputan
Kad jemputan pada tahun ini bertemakan kipas tangan / hand fan... macam biasa,idea cikgu norul la ni... cik setiausaha cuma merealisasikan sahaja idea yang diberi...
Asalnya ada idea lain untuk kad jemputan ni. Tetapi terpaksa ditukar disebabkan sedikit masalah teknikal.

Idea asal daripada kad jemputan perkahwinan
Setelah bertungkus-lumus (ye ke??...hehe) mencuba, akhirnya siap juga kad jemputan kami...


Bahagian depan

Bahagian belakang - Aturcara majlis

Dah siap letak riben

Sampul

Kad Jemputan untuk pihak pentadbiran sekolah, PIBG dan mantan Guru Besar

2) Cenderahati VIP
Cenderahati untuk para VIP pada malam jamuan sangatlah comel...hehe...pelbagai jenis manisan/gula-gula diletakkan dalam cawan ABC dan dibungkus cantik... ni semua Cikgu Norul yang buat...kami hanya tolong masukkan gula-gula je... 




3) Barang Kelengkapan Jamuan
Barang-barang keperluan jamuan yang perlu disediakan termasuklah dulang hadiah dan bekas cabutan bertuah...semua warna merah+hijau=warna tema pss...
Talam/dulang baru

Talam/dulang lama yang diberi wajah baru

Bekas untuk cabutan bertuah... belum siap lagi ni
4)Hadiah
Hadiah yang disediakan pada malam jamuan ni teramatlah banyak... ada door gift, ada cabutan bertuah murid, cabutan bertuah guru/pibg, hadiah pakaian mengikut tema terbaik... rugi kalau tak datang...
Hadiah untuk pakaian mengikut tema terbaik

Antara hadiah untuk malam jamuan
5) Rosette
Ada 10 orang pembantu yang dipilih untuk membantu para guru pada malam jamuan. Tugas mereka adalah menghidangkan makanan kepada para VIP, mengedarkan hadiah guru dan membantu apa yang perlu. Jadi untuk memudahkan cikgu mengecam, dayang-dayang ini dikehendaki memakai rosette khas di tudung masing-masing...bijak...bijak... :P
Rosette untuk dayang-dayang pada malam jamuan


6) Pentas & Dewan
Memandangkan tema jamuan ialah merah & hitam, dewan juga telah bertukar kepada warna merah...








6)AJK Kerja Jamuan
Jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja jamuan yang memastikan program ini dapat direalisasikan. 












Ini saja yang dapat dikongsikan untuk kali ini...Semoga majlis kita akan berjalan dengan lancar...jumpa anda pada malam jamuan nanti... :)

0 comments:

Post a Comment