Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.

Jalan-Jalan Makan Angin....

Thursday 6 October 2011

Tarikh : 23-25 September 2011
Jumlah Peserta : 80 orang (termasuk guru)
Penyertaan : Pengawas PSS, Pengawas Sekolah, Pengawas Bestari & murid-murid tahun 6
Destinasi : Kuala Lumpur & Shah Alam
                 - Kompleks Kraf Negara
                 - Petrosains
                 - Menara Kuala Lumpur
                 - Putrajaya
                 - Taman Pertanian Malaysia / Bukit Cerakah
                 - Masjid Shah Alam
                 - Wet World
                 - i-City, Shah Alam


Peserta lawatan berkumpul di dewan sekolah pada jam 11.30 malam. Bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.30 pagi.
Sebahagian peserta lawatan
Taklimat tentang lawatan
Guru-guru pengiring
Ucapan YDP PIBG SKSJ. Terima kasih kerana sudi hadir.
Bacaan doa oleh Cikgu Asrof. Semoga selamat pergi dan kembali.
Dah ready untuk bertolak.
Tiba di Hentian R&R Sungai Buloh untuk mandi dan solat Subuh. Bersarapan pada jam 6.15 pagi dan bertolak ke Kompleks Kraf lebih kurang jam 7 pagi.












Tiba di Kompleks Kraf Negara agak lewat daripada waktu yang sepatutnya iaitu kira-kira jam 9.10 pagi disebabkan lebih satu jam terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.








Destinasi lawatan seterusnya ialah Petrosains, KLCC. 




























Seterusnya, kami bergerak ke Menara Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.00 petang. Sekali lagi tersekat dalam kesesakan jalan raya bersama-sama warga KL yang keluar untuk makan tengahari dam menunaikan solat Jumaat. Tiba di Menara KL lebih kurang jam 2.20 petang. Makan tengahari yang ditempah dari Restoran Pelita sebelum naik ke Menara KL.




Kami seterusnya bertolak ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi di Puterajaya untuk solat. Selepas solat dan bergambar kenangan, kami bertolak ke tempat penginapan di Wisma Haji Shafie Salleh @ Wisma Pengakap.






Hari kedua, singgah bersarapan di sebuah restoran sebelum meneruskan aktiviti lawatan ke Taman Pertanian Malaysia. Tarikan utama di sini ialah 'Rumah 4 Musim'.



















Destinasi seterusnya ialah makan tengahari dan solat di Masjid Shah Alam. Agenda lawatan diteruskan dengan aktiviti bermain air di Wet World.










Destinasi terakhir bagi lawatan kali ini ialah i-City, Shah Alam. Kami berada di sana sehingga jam 10 malam dan bertolak pulang pada jam 12 tengah malam. 









Rombongan lawatan tiba di SKSJ pada pagi Ahad jam 5 pagi. Alhamdulillah, lawatan kali ini berjalan dengan lancar. Tahun hadapan nak ke mana pulak? 

0 comments:

Post a Comment