Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.

Minggu UPSR

Wednesday 14 September 2011

Hari yang ditunggu akhirnya telah tiba... 


Sepanjang minggu ini (13, 14 & 15 September), semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Debaran bukan saja dirasakan oleh murid-murid dan waris, tetapi juga oleh para guru terutamanya guru-guru yang mengajar di tahun 6.

Setiausaha Peperiksaan UPSR bersama pembantu-pembantunya turut sibuk menguruskan segala kelengkapan murid yang akan menduduki peperiksaan.
S/U Peperiksaan UPSR, Ustazah Radziah bersama PK 1, Pn. Norlia sibuk menyusun kertas  jawapan OMR
Disebabkan sedikit masalah teknikal pada cetakan borang jawapan OMR, semua borang tersebut tidak boleh digunakan dan terpaksa dihantar semula. Borang tersebut digantikan dengan borang kosong dan pihak sekolah perlu mengisi sendiri maklumat murid secara manual. 
Tn. Hj. Hashim, Guru Besar SKSJ turut menghulurkan bantuan
PK 1, Pn. Norlia turut membantu mengira dan menyusun semula kertas jawapan mengikut angka giliran
Maka bermulalah proses mengisi dan menghitamkan maklumat calon UPSR SKSJ sebanyak 1045 keping. Dengan bantuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, S/U Peperiksaan SKSJ, guru-guru SKSJ dan beberapa orang guru pelatih, proses ini dapat disiapkan pada hari Isnin, lebih kurang jam 1.30 petang. Alhamdulillah.
Antara guru-guru yang membantu
Semua urusan berjalan dengan lancar sehingga ke hari peperiksaan. Calon-calon UPSR berkumpul di dewan sekolah dan diberikan sarapan pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Murid-murid memberi kerjasama yan baik dan berada dalam barisan yang telah ditetapkan dengan teratur.
Murid-murid berkumpul di dewan sekolah
Bersarapan pagi sebelum menduduki peperiksaan
Antara ibu bapa yang datang memberi sokongan moral kepada anak masing-masing
Mendengar nasihat terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan
Antara murid harapan SKSJ
Murid-murid mula bergerak naik ke bilik peperiksaan
Para guru mendoakan yang terbaik dan mengharapkan calon-calon UPSR dapat menjawab dengan baik dan tenang. Semoga kita akan diberikan kejayaan atas usaha dan penat-lelah kita sepanjang tahun ini, insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment