Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.
Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts
0 comments

:: Pengumuman...!!! Pengumuman...!!! ::

Friday, 27 March 2015

**************************

PROGRAM BACAAN NILAM SEMPENA 

MESYUARAT AGUNG PIBG


TARIKH


28 MAC 2015


HARI

SABTU


MASA

9.00 - 12.00 tengahari


TEMPAT

PSS AZ-ZARNUJI SKSJ



SEMUA MURID DIJEMPUT HADIR

**************************

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID DAN WARIS...


SABTU INI, SERENTAK DENGAN MESYUARAT AGUNG PIBG AKAN DIADAKAN PROGRAM BACAAN NILAM UNTUK MURID DI PUSAT SUMBER...

SEMUA MURID DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA MENINGKATKAN BACAAN NILAM MASING-MASING...

BAWA BUKU REKOD NILAM DAN CATAT BACAAN ANDA... TINGKATKAN BACAAN BULAN MAC ANDA UNTUK DAPATKAN HADIAH MENARIK YANG DITAWARKAN...

MOHON BANTUAN PARA WARIS UNTUK MENGGALAKKAN ANAK MEMBUAT BACAAN NILAM...

TERIMA KASIH...
0 comments

:: Penjenamaan Semula : PSS Az-Zarnuji SK Seberang Jaya ::

Monday, 12 May 2014


:: Johan Pertandingan Memberi Nama Kepada Pusat Sumber SKSJ ::
- Pn. Zulrita Binti Yaakob
Tahniah...!!!

:: 12 Mei 2014 ::
PSS SKSJ secara rasminya ditukarkan kepada PSS Az-Zarnuji

:: Siapa Az-Zarnuji ::
Tokoh Islam yang terkenal dalam bidang pendidikan








0 comments

:: Majlis Penyampaian Hadiah PSS 5 Bintang 2013 ::

Tahniah kepada semua....!!!!



2 comments

Terima kasih daun keladi....

Wednesday, 29 August 2012

Seperti yang anda semua sedia maklum, PSS telah mula ditutup sebelum cuti Aidilfitri bagi tujuan penyelenggaraan serta menyusun semula peralatan-peralatan di dalamnya untuk kemudahan semua murid pada masa akan datang.

Antara perubahan yang dilakukan ialah:

1) Penyusunan semula perabot-perabot di dalam PSS... kali ini kita asingkan bahagian untuk Tahap 1 dan Tahap 2...


Rak buku tinggi dan meja panjang untuk murid-murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)


Rak yang comel untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3)


Meja bulat untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3)

2) Penambahan perabot-perabot baru... 


Meja solek : sumbangan Cikgu Norul Ashikin.
Diimport dari rumah Cikgu Norul.

Almari Cermin : Juga disumbangkan oleh Cikgu Norul.

Rak buku baru... yang ni baru sampai... baru beli... 
3) Penyusunan semula buku-buku PSS... terima kasih kepada murid-murid daripada kelas-kelas tertentu yang banyak membantu membuat pengkelasan buku serta menyusun di rak... jasamu dikenang...


Banyaknya buku...

Rajinnya... anak murid siapa la ni ye...

Team menyusun buku...

Team mengasingkan buku mengikut sticker...
Team mencuci piala...
Alamak...piala patah la...

Kepada yang sudi menghulurkan bantuan, jutaan terima kasih diucapkan...

Terima kasih juga kepada Cikgu Hapis dan En. Faizal yang sudi membantu memasang rak buku baru... Hari ini kita sama-sama belajar cara memasang rak buku dengan jayanya... terima kasih sekali lagi...




Memandangkan Encik Driver Lori tu berkeras tak nak tolong angkat kotak ni ke PSS, maka terpaksalah Cikgu Norul dan En. Faizal mengusung 4 kotak rak buku naik ke PSS bersama-sama...




Dengan bantuan En. Faizal dan Cikgu Hapis, kami cuba memasang rak baru ini bersama-sama... memandangkan semua tiada pengalaman memasang rak, maka... lambat la sikit proses memasangnya...




Pusing kanan...pusing kiri... akhirnya berjaya juga kami memasang sebuah rak buku...



Dan rak-rak yang berikutnya dapat dipasang dengan jayanya dalam masa yang lebih pantas daripada sebelumnya... pheww...



Siap juga akhirnya... esok dah boleh masukkan buku Tahap 1 ke dalam rak... 

Akhirnya.... :P
0 comments

Dam...dam...dum... bunyi mercun...!!!

Monday, 27 August 2012



Rasanya masih belum terlambat lagi bagi pihak kami di SKSJ mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutamanya untuk sesiapa yang berkaitan dengan SKSJ... Selamat Hari Raya...

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan blog PSS SKSJ tak di'update' ye... isyh...isyh...isyh...

Tapi jangan risau... pihak PSS SKSJ akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi-informasi terkini berkaitan PSS, SKSJ dan sebagainya untuk makluman anda semua...

Dalam masa beberapa bulan ni, banyak perkara yang telah terjadi di sekeliling kita...

Antaranya....

1) Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan (Ogos 2012)

Nyayian Lagu Patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang

2) Percubaan UPSR (Julai 2012)

Setiausaha Peperiksaan UPSR mengambil soalan Percubaan UPSR di SK Stowell, Bukit Mertajam

3) Senamrobik Satu Murid Satu Sukan (Julai 2012)

Semua guru dan murid turut serta menjayakan program ini.

4) Hari Sukan SKSJ (Jun 2012)

Johan keseluruhan : Rumah Merah Jaya

5) Perpindahan 'orang kuat' PSS SKSJ (Jun 2012)

Cikgu Mohd. Hilmi telah bertukar ke SK Kepala Batas

6) Pertukaran Guru Besar SKSJ (Mei 2012)

Pertukaran Guru Besar baru SKSJ, Pn. Norsiah bt. Baharum dari SK Bandar Baru Perda yang menggantikan Tn. Hj. Hashim b. Abdullah yang bertukat ke SK Bukit Teh


7) SKSJ menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bicara Berirama Kelompok R16  (April 2012)


Team Bicara Berirama SKSJ yang menjadi Johan Kelompok R16

8) Mesyuarat Agung PIBG (Mac 2012)


Untuk aktiviti terkini, PSS SKSJ sedang disusun semula untuk memberi lebih keselesaan kepada semua murid. PSS telah ditutup sebelum cuti Aidilfitri dan akan dibuka semula kepada semua secepat mungkin.

PSS SKSJ juga telah bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSJ untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi selepas UPSR ini... Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan Cikgu Suhara secepat mungkin...


0 comments

.: Selamat Tinggal 2011 :.

Monday, 5 December 2011

 Dengan berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011, maka berakhirlah juga tugas guru-guru pembimbing pss bagi tahun ini. Untuk tahun hadapan, selain daripada Pn. Norul Ashikin, mungkin ada antara guru-guru ini yang akan kekal dan mungkin ada juga yang akan berubah.


















Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi berkorban masa, tenaga & wang ringgit demi kecemerlangan pusat sumber kita. Budi yang tuan/puan taburkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. (macam karangan surat rasmi pulak bunyinya...hehehe...)


Namun begitu, ada 2 orang guru yang bukan sahaja akan meninggalkan pss pada tahun hadapan, malah akan meninggalkan sksj kerana akan berpindah ke sekolah lain.


Pn. Norhidayah

Pn. Harisun
Kami di PSS SKSJ mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Hidayah dan Cikgu Harisun.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
InsyaAllah