Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.
0 comments

Gotong-Royong @ Pusat Akses

Saturday 21 January 2012

Tarikh : 20 Januari 2012
Hari   : Jumaat
Tempat : Pusat Akses


Satu gotong-royong mengemaskini Pusat Akses SKSJ yang terbakar pada tahun lalu telah dijalankan selepas waktu persekolahan pada 20 Januari lalu.
Guru yang terlibat ialah beberapa guru PSS dan guru ICT sekolah.


Tujuan utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memasang tikar getah pada lantai bilik ini. Masih belum dapat dipastikan lagi sama ada bilik ini akan diambil alih oleh unit ICT atau PSS. Walau apa pun keputusan pihak sekolah, pihak PSS dan ICT akan sentiasa bantu-membantu dan bersatu hati. Bak kata pepatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".


















0 comments

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2012

Wednesday 18 January 2012

Tarikh : 16 Januari 2012
Hari   : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan SKSJ


Seramai 22 orang Pengawas Pusat Sumber baru telah dilantik pada tahun ini bagi memantapkan lagi urusan berkaitan Pusat Sumber SK Seberang Jaya.

Raptai majlis ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 16 Januari 2012. Para pengawas membuat latihan bacaan ikrar pengawas dan mendengar taklimat tentang atur cara majlis sebenar.

















Guru-guru Pusat Sumber SK Seberang Jaya telah bermesyuarat dan bersepakat melantik Muhammad Irfan bin Mohd. Muslim (6 Cogah) sebagai Ketua Pengawas PSS dan Adlin Ilyana binti Ahmad Fuad (6 Ceria) sebagai Penolong Ketua Pengawas PSS.

Majlis Pelantikan Pengawas PSS yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd. Hilmi dimulakan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas-pengawas baru oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Sa'imah bt. Soid. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas PSS bagi tahun ini.

Kami warga Pusat Sumber SKSJ berharap agar para pengawas yang dilantik pada tahun ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sehabis baik. Para pengawas juga diseru supaya menunjukkan prestasi yang baik sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.












"Pengawas Cemerlang, Pusat Sumber Gemilang"
0 comments

Back To School...!!!

Wednesday 4 January 2012

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2012 telah bermula. Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini hari pertama persekolahan jatuh pada hari Rabu. 


Ramai juga yang keliru dan tersilap tengok jadual waktu. Tapi Alhamdulillah, hari pertama persekolahan di SKSJ berjalan dengan lancar.


Jom jengok suasana perhimpunan di SKSJ pada pagi ini...