Image Widget

Image Widget

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. PSS AZ-ZARNUJI .:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:. SK SEBERANG JAYA

.
0 comments

.: Selamat Tinggal 2011 :.

Monday 5 December 2011

 Dengan berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011, maka berakhirlah juga tugas guru-guru pembimbing pss bagi tahun ini. Untuk tahun hadapan, selain daripada Pn. Norul Ashikin, mungkin ada antara guru-guru ini yang akan kekal dan mungkin ada juga yang akan berubah.


















Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi berkorban masa, tenaga & wang ringgit demi kecemerlangan pusat sumber kita. Budi yang tuan/puan taburkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. (macam karangan surat rasmi pulak bunyinya...hehehe...)


Namun begitu, ada 2 orang guru yang bukan sahaja akan meninggalkan pss pada tahun hadapan, malah akan meninggalkan sksj kerana akan berpindah ke sekolah lain.


Pn. Norhidayah

Pn. Harisun
Kami di PSS SKSJ mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Hidayah dan Cikgu Harisun.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
InsyaAllah
2 comments

JaMuAn AkHiR TaHuN PeNgAwAs 2011

Saturday 5 November 2011

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2011 telah berlangsung dengan jayanya...Alhamdulillah... Dewan juga penuh dengan tetamu yang hadir walaupun ada diantara kita yang tidak dapat hadir kerana sudah pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha...semua kelihtan cantik berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan...glamour gitu...cikgu pun kalah dengan anak murid...hihihi


Antara jemputan yang hadir pada malam jamuan ini ialah Mantan Guru Besar SKSJ, En. Shuib Sulaiman....AJK PIBG; En. Ahmad Fezul, En. Mohd. Reza, En. Mohd Mustaffa, En. Ahmad Nizam, Pn. Jusuhaila...Pihak Pentadbiran SKSJ; Pn. Norlia(PK1), Pn. Sai'mah(PK HEM), Pn. Aryani Fazaliza(PK KO),Pn. Zaiton (PK Pend. Khas), En. Abd. Latiff (PK Petang)...serta barisan guru-guru pembimbing...


Majlis bermula lebih kurang jam 8.45 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. 


Antara menu jamuan pada kali ini ialah :
Nasi Bukhara, roti canai, murtabak, satay, nugget, kentang, ayam goreng, aiskrim, air tebu, teh tarik, laksa, lai chi kang, pizza, puding, kek pandan lapis, buah-buahan, rojak, tart telur, tart nanas...sedapnya...


AJK Pendaftaran yang manis...hihihi

Meja pendaftaran diserbu para pengawas yang hadir

AJK Jamuan

Sedapnya pizza...yummy...

Ucapan wakil pengawas - Ketua Pengawas PSS 2011, Mohd. Danial Fauzee

Ucapan wakil guru - Pn. Norhaida Salleh 

Ucapan PK HEM - Pn. Sai;mah Soid

Ucapan YDP PIBG, En. Ahmad Fezul b. Abdullah Thani

Antara AJK PIBG yang hadir

Persembahan pengawas...joget sakan nu...

Senyum...

Pengawas tahun 6...jamuan terakhir di sksj

Pengawas tahun 4...

Nasi Bukhara...sedapnya...

Gadis pingitan sksj ni...

Roti canai...murtabak...mai...mai...mai....
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir...juga terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk kerja yang terlibat dalam menjayakan program ini...


Lagi gambar jamuan ---> di sini
0 comments

Sekitar Persiapan untuk Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS, Pengawas Bestari & Pengawas Sekolah 2011

Thursday 3 November 2011

Pejam celik, pejam celik, dah sampai pun hujung tahun. Rasa macam baru semalam cuci PSS yang terkena tempias kebakaran Pusat Akses, kan?...

Aktiviti yang penting pada hujung tahun ni tidak lain dan tidak bukan tentulah Jamuan Hujung Tahun... yaaayyy...!!! makan....!!!! :)

Tahun ni, seperti tahun lepas, jamuan ini adalah gabungan pss dan badan pengawas sksj. Tetapi rasanya tahun ni akan lebih meriah sebab pengawas bestari pun akan join sekali... lagi ramai, lagi meriah...

Informasi tentang jamuan telah diwar-warkan lebih awal kepada semua pengawas. Guru-guru pembimbing juga telah dimaklumkan lebih awal agar dapat hadir pada malam jamuan nanti.

Persediaan kali ini memang sangat hebat. Terima kasih kepada guru-guru pss dan bestari yang banyak membantu... Jom kita jenguk persiapan yang telah dibuat...

1) Kad Jemputan
Kad jemputan pada tahun ini bertemakan kipas tangan / hand fan... macam biasa,idea cikgu norul la ni... cik setiausaha cuma merealisasikan sahaja idea yang diberi...
Asalnya ada idea lain untuk kad jemputan ni. Tetapi terpaksa ditukar disebabkan sedikit masalah teknikal.

Idea asal daripada kad jemputan perkahwinan
Setelah bertungkus-lumus (ye ke??...hehe) mencuba, akhirnya siap juga kad jemputan kami...


Bahagian depan

Bahagian belakang - Aturcara majlis

Dah siap letak riben

Sampul

Kad Jemputan untuk pihak pentadbiran sekolah, PIBG dan mantan Guru Besar

2) Cenderahati VIP
Cenderahati untuk para VIP pada malam jamuan sangatlah comel...hehe...pelbagai jenis manisan/gula-gula diletakkan dalam cawan ABC dan dibungkus cantik... ni semua Cikgu Norul yang buat...kami hanya tolong masukkan gula-gula je... 




3) Barang Kelengkapan Jamuan
Barang-barang keperluan jamuan yang perlu disediakan termasuklah dulang hadiah dan bekas cabutan bertuah...semua warna merah+hijau=warna tema pss...
Talam/dulang baru

Talam/dulang lama yang diberi wajah baru

Bekas untuk cabutan bertuah... belum siap lagi ni
4)Hadiah
Hadiah yang disediakan pada malam jamuan ni teramatlah banyak... ada door gift, ada cabutan bertuah murid, cabutan bertuah guru/pibg, hadiah pakaian mengikut tema terbaik... rugi kalau tak datang...
Hadiah untuk pakaian mengikut tema terbaik

Antara hadiah untuk malam jamuan
5) Rosette
Ada 10 orang pembantu yang dipilih untuk membantu para guru pada malam jamuan. Tugas mereka adalah menghidangkan makanan kepada para VIP, mengedarkan hadiah guru dan membantu apa yang perlu. Jadi untuk memudahkan cikgu mengecam, dayang-dayang ini dikehendaki memakai rosette khas di tudung masing-masing...bijak...bijak... :P
Rosette untuk dayang-dayang pada malam jamuan


6) Pentas & Dewan
Memandangkan tema jamuan ialah merah & hitam, dewan juga telah bertukar kepada warna merah...








6)AJK Kerja Jamuan
Jutaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja jamuan yang memastikan program ini dapat direalisasikan. 












Ini saja yang dapat dikongsikan untuk kali ini...Semoga majlis kita akan berjalan dengan lancar...jumpa anda pada malam jamuan nanti... :)